Oleh: Shirzad Lifeboat Pilihanraya umum Dun Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya tahun 2011. Secara tradisinya tidak ada perlu dibimbangi oleh BN kerana Sarawak adalah seperti Selangor, Perak dan kebanyakan negeri di Semenanjung di mana andai kata batang pisang sekalipun dijadikan calon parti berkenaan kebarangkalian untuk menang tetap besar. Tapi itu cerita dahulu kala. Kata orang, ‘lain hulu lain parang’. Dulu kebanyakan rakyat Malaysia sanggup bersabar dan menelan cerita-cerita dongeng politik hasil nukilan mereka yang berkuasa dengan harapan bakal menikmati setiap janji yang dilafazkan.
Seterusnya... | 7036 bytes more | 1 comment | Score: 0) | Telah dibaca 271 kali
|

|
Oleh Zaid Ibrahim UMNO menyerang Parti Keadilan Rakyat bertubi-tubi kerana ia mahu Barisan Nasional mendapatkan majoriti dua prtiga kerusi Parlimen dengan apa cara sekali pun. Dengan kuasa dua pertiga itu, mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan. Mereka boleh ubah suai kawasan Parlimen . Mereka mahu lebih banyak kerusi majoriti orang Melayu kerana UMNO ingat orang Melayu tetap menyokongnya. Kononnya kalau tambah kerusi majoriti Melayu, maka kerusi UMNO dalam pilihan raya akan bertambah. Oleh itu, untuk dapatkan majoriti dua pertiga ini, UMNO berjaya menarik beberapa orang Ahli Parlimen PKR untuk menyokong BN bagi tujuan ini. Nampaknya hasrat Najib untuk mengembalikan kerusi dua pertiga di Parlimen akan tercapai. Saya percaya ada beberapa Ahli Parlimen PKR lagi akan keluar parti tidak lama lagi.
Seterusnya... | 4143 bytes more | 1 comment | Score: 0) | Telah dibaca 657 kali
|

|
Oleh Lim Hong Siang "Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata T V3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!" Demikianlah kritikan yang dilontarkan oleh Hasan Ali (gambar kiri), EXCO Kerajaan Negeri Selangor terhadap UMNO-BN. Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang beberapa kali mencetus kontroversi di kalangan PR ini, menyerang habis-habisan pimpinan UMNO-BN dan bekas Menteri Besar BN Selangor Khir Toyo, semalam.
Seterusnya... | 8236 bytes more | 3 comments | Score: 0) | Telah dibaca 848 kali
|

|
Oleh Angkasanuri Sudah lebih sebulan kes hasutan melibatkan Datuk Nasir Safar orang kepercayaan Pe rdana Menteri 1Malaysia terhadap orang cina dan India dalam satu program di Melaka berlalu.Berpuluh laporan polis sudah dibuat. Ketua Polis Melaka sebelum ini mengumumkan polis sudah melengkapkan siasatan.
Tetapi yang peliknya kes itu kini seolah-olah cuba disenyapkan. Sehingga hari ini tidak ada perkembangan susulan kes berkenaan. Boleh jadi Jabatan Peguam Negara sangat sibuk dengan kes liwat Dato seri Anwar Ibrahim sehingga tak sempat untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.
Seterusnya... | 2008 bytes more | 1 comment | Score: 0) | Telah dibaca 341 kali
|

|
Parti Keadilan Rak yat (PKR) mendakwa UMNO sedang memperalat bekas pemimpinnya yang keluar parti, termasuk Mohamad Fairus Khairuddin supaya melemparkan tuduhan buruk terhadap parti dan Pakatan Rakyat (PR) bagi menunjukkan kepincangan parti itu.
Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub berkata, kenyataan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin PKR adalah satu tuduhan dan pendekatan demi memenuhi perjanjian di antara mereka dengan UMNO.
Seterusnya... | 1912 bytes more | comments? | Score: 0) | Telah dibaca 476 kali
|

|
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman ditahan polis Pahang di Raub teng  ah malam tadi dipercayai berkaitan dengan ceramahnya menyentuh pengurusan Felda. Beliau yang kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dijangka akan dihadapkan di mahkamah hari ini, kata salah seorang pembantunya ketika dihubungi.“Mazlan masih berada di balai polis, difahamkan mungkin akan dibawa ke mahkamah pagi ini,” katanya
Seterusnya... | 2879 bytes more | 1 comment | Score: 0) | Telah dibaca 204 kali
|
Oleh H Fansuri
"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi," demikian kata penghargaan Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.
 Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran buku sempena menyokong perjuangannya, khasnya berhubung pendiriannya ke atas dasar PPSMI sebelum ini.
Seterusnya... | 5601 bytes more | 1 comment | Score: 0) | Telah dibaca 395 kali
|

|
Oleh Azizi Abdullah Seluruh alam raya rasanya terkejut dengan penubuhan 76 NGO yang kononny a hendak pertahankan hak Melayu dan Islam. Penubuhan ini diusahakan oleh seorang polotik yang ketinggalan sampan, yang melompatnya sudah kehabisan stamina dan kelantangan seolah-olah orang meroyat meroyan lalu jadi royong. Ibrahim Ali selaku wakil rakyat yang akhir zamannya mengguna platform Pas untuk terus menari mengikut pukulan rodat Umno, telah menyambung hayatnya dengan menubuhkan NGO Perkasa, yang kini borang-borang menjadi ahli disibarkan melalui ahli Umno di kampung-kampung.
Seterusnya... | 8240 bytes more | 1 comment | Score: 5) | Telah dibaca 1028 kali
|

|
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan iltizamnya bahawa hal pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menjelang 2012 itu hanya penangguhan dan bukan pemansuhan. “Jadi, kalau tidak dimansuhkan juga, kita tak akan teragak-agak untuk melakukan demonstrasi sekali lagi,” katanya sempena pelancaran buku esei Budayawan Bertindak untuk menyokong perjuangannya selama ini.
Seterusnya... | 3800 bytes more | 2 comments | Score: 0) | Telah dibaca 201 kali
|
| |
Oleh Farid Albariti Saya diajar untuk tidak mudah meletakkan harapan dalam hidup ini kecuali pada perkara-perkara yang saya benar-benar pasti. Ibarat berpaut pada ranting atau dahan, tidak selamanya ia akan memberi jaminan keselamatan. S  ekiranya ingin berpaut, kita mestilah mencari pautan terbaik yang tidak akan melukakan dan sentiasa menjamin keselamatan.
Perlembagaan Malaysia, seperti yang diketahui umum, merupakan sistem aturan yang dicorakkan manusia. Hakikat bahawa sistem ini terdedah kepada manipulasi dan eksploitasi pihak-pihak tertentu sama sekali tidak boleh dinafikan. Untuk status perlembagaan di Malaysia, eksploitasi telah lama berlaku, bahkan saya yakin ramai yang boleh bersetuju dengan kenyataan ini.
Seterusnya... | 7975 bytes more | comments? | Score: 0) | Telah dibaca 66 kali
|

|
Dua muka baru menyertai senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah, manakala lapan lagi dilantik semula ke jawatan berkenaan untuk tempoh setahun lagi.Dua muka baru itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Show Kang.
Dua exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.
Seterusnya... | 1584 bytes more | comments? | Score: 0) | Telah dibaca 423 kali
|

|
Oleh Mohd Sayuti Omar SAYA tidak faham dengan ulah dan sikap Menteri Agama, Jamil Khir Bahrom yang kesal dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan menganggap Mufti Perak, Haruss ani Zakaria sebagai ejen Umno. Nik Aziz membuat tuduhan begitu sewaktu membidas balik Harussani yang meyebut namanya dalam satu majlis tanpa kehadirannya beberapa hari lalu.
Nik Aziz merujuk Harussani sebagai ejen Umno apabila berusaha keras untuk menyatukan Pas dengan Umno khasnya di Perak selepas pilihan raya umum lalu. Mufti itu sanggup ke Kota Bharu dalam hujan untuk berjumpa Nik Aziz dan minta Pas menubuhkan kerajaan bersama Umno di Perak.
Seterusnya... | 4115 bytes more | 3 comments | Score: 0) | Telah dibaca 1044 kali
|

|
Masalah pemimpin lompat parti seperti yang dialami Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini a dalah perkara lumrah dan pernah dilalui Pas. Perkara itu dinyatakan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PKR boleh dikatakan parti baru dalam arena politik negara dan ia terpaksa melalui pelbagai masalah sebelum mencapai kematangan.
Menurutnya, Pas ketika ketika mula bertapak dalam arena politik pernah mengalami masalah serupa sebelum menjadi lebih matang. “PKR umpama budak kecil yang meniarap, merangkak dan kemudiannya belajar berjalan, jadi terjatuh tu adalah perkara biasa sebelum dapat berjalan dengan sempurna
Seterusnya... | 2330 bytes more | comments? | Score: 0) | Telah dibaca 155 kali
|

|
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan untuk memperjuangkan keadilan semestinya tidak sesuai kepada pemimpin yang mahu meraih kekayaan. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, beliau tidak terkejut d engan pengunduran beberapa pemimpin PKR dan tidak berasa kehilangan mereka yang berkepentingan diri.
Katanya, apabila pemimpin terbabit menyedari PKR bukan lubuk harta maka mereka mengambil tindakan keluar parti, alasan mahukan parti lebih Islamik agama dan adil seperti yang dinyatakan hanya diada-adakan untuk menutup kelemahan diri.
Seterusnya... | 2346 bytes more | comments? | Score: 0) | Telah dibaca 360 kali
|

|
PAS Selangor yang bertanding di 20 kerusi dua tahun lalu akan melancarkan misi menawan 12 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan ra  ya umum ke-13, Jumaat ini. Program itu diadakan sempena ulang tahun kedua pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Pakatan Rakyat memimpin Selangor — gandingan PAS, DAP dan PKR dengan memperoleh 36 kerusi pada 8 Mac 2008. Daripada 36 kerusi itu lapan disumbangkan oleh PAS.
Seterusnya... | 2977 bytes more | comments? | Score: 0) | Telah dibaca 314 kali
|

|
Oleh DR LO' LO' MOHD GHAZALI Kesibukan menguruskan kawasan parlimen dan juga menyantuni keluarga dekat dan jauh menyebabkan saya agak terlalai dengan kedatangan hari yang agak penting kepada kaum Hawa yakni Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac setiap tahun. Banyak yang berlaku minggu ini. Keluarga terdekat yang perlukan pemeriksaan intensif Doktor Pakar Jantung, anak yang baru memulakan karier sebagai seorang Doktor Pelatih, anak menantu yang balik setelah merantau 6-7 tahun di negara orang, cucu yang semakin nakal dan menuntut perhatian, majlis perkahwinan anak saudara serta anak sahabat handai.
Seterusnya... | 8009 bytes more | comments? | Score: 0) | Telah dibaca 141 kali
|

|
Oleh Lim Hong Siang Pertukaran kerajaan di peringkat negeri gagal membawa perubahan kepada dasar nasiona l, demikianlah mesej yang berulang kali ditekankan oleh Kalakau Untol, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, sebelum menyakinkan penyokong Pakatan Rakyat bahawa rakyat Sabah akan bangkit bersama PR pada PRU ke-13 untuk menubuhkan kerajaan persekutuan baru. "Saya memperingatkan Dato Seri Najib, bahawa dia meletakkan Sabah (sebagai) Fixed Deposit Barisan (Nasional)...," sambungnya, "Minta maaf, PRU 13, detik penentuan. Rakyat Sabah akan bangkit bersama dengan Pakatan Rakyat!"
Seterusnya... | 8160 bytes more | 1 comment | Score: 0) | Telah dibaca 955 kali
|

|
Oleh Sabri Said Biarpun dua tahun pakatan rakyat memerintah Pulau Pinang, Umno dan Barisan Nasional (BN) masih dilihat 'gila talak' dan sukar menerima hakikat mereka kini bergelar pembangkang di negeri itu.
 Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, sikap itu jelas dapat dilihat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno dan BN masih enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan program untuk kebaikan rakyat negeri itu.
Seterusnya... | 2840 bytes more | 3 comments | Score: 0) | Telah dibaca 473 kali
|

|
Oleh Zulkifli Sulong Saya mula mengenali Zulkifli Noordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.K etika itu Zulkifli Noordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi.
Seterusnya... | 8563 bytes more | 6 comments | Score: 5) | Telah dibaca 2020 kali
|
|