Video terkini

1MediaTV

NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Florence Nightingale, ibu kejururawatan moden

Hari ini 204 tahun yang lalu, ibu kejururawatan moden, Florence Nightingale dilahirkan.

Beliau lahir di Florence, Itali dalam keluarga bangsawan British. Sejak remaja, Nightingale memang berimpian untuk menjadi jururawat. Namun, kedua ibu bapanya tidak bersetuju kerana ia dianggap kerja kotor yang dilakukan orang kelas bawahan.

Begitupun, Nightingale nekad lalu mendaftar di sebuah sekolah kejururawatan di Jerman pada 1844. Beliau pulang ke England pada awal 1850-an & sempat berkhidmat di London sebelum Perang Crimea meletus pada 1853. 

Bersama 34 orang lagi jururawat, Nightingale melapor diri di hospital yang menempatkan tentera British di Scutari, Constantinople. Di sana, Nightingale telah melakukan revolusi dalam rawatan & penjagaan pesakit, dengan menekankan soal kebersihan serta sanitasi.

Di malam hari, beliau sendiri akan memeriksa setiap satu pesakit sambil membawa pelita di tangannya, sehingga digelar "The Lady with the Lamp." Atas usahanya, kadar kematian di hospital berjaya dikurangkan sehingga dua pertiga.

Jasanya di Crimea telah menjadikannya orang rujukan dalam hal pengurusan pesakit di hospital. Beliau banyak menulis laporan, artikel & buku berdasarkan pengalaman & pengamatannya untuk menjadikan perkhidmatan kesihatan lebih baik.

Pada 1860, Nightingale membiayai penubuhan Hospital St. Thomas yang di dalamnya dibangunkan Sekolah Latihan Jururawat Nightingale. Kerana beliau, kejururawatan akhirnya dilihat sebagai satu kerja mulia.

Beliau hidup penuh dedikasi sehingga usia 90 sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumahnya London pada Sabtu, 13 Ogos 1910. Mengenang jasa besar Nightingale, hari lahirnya disambut sebagai Hari Jururawat Sedunia.

Pengorbanan jururawat untuk memastikan kesejahteraan kesihatan sejagat adalah tidak terbalas. Cukup sekadar memberi kerjasama, ia dapat membantu meringankan beban mereka.

Sumber: History, National Archive UK

#PeristiwaHariIni

Pemain Man Utd doakan Faisal Halim tabah, terus berjuang




Musibah yang melanda pemain kebangsaan, Faisal Halim turut mendapat perhatian bintang bola sepak antarabangsa, Manchester United. 


Menerusi video 28 saat, penjaga gol Red Devil, Andre Onana bersama pemain sayap kiri, Alejandro Garnacho mendoakan agar Faisal diberikan ketabahan. 


“Hello Faisal. Kami sudah dengar apa yang berlaku. Kami bersama anda dan dapat merasakan apa yang berlaku. 


“Kami tahu ini adalah masa yang sukar buat anda dan keluarga. Kami doakan yang terbaik buat anda dan kekal tabah,” kata Onana. 


Sumber: Stadium Astro


#solidaritifaisalhalim #manutd #andreonana


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:


https://www.tiktok.com/@beritapertiwi


https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Keputusan rasmi PRK Kuala Kubu Baharu dijangka seawal 9 malam – SPR

Pengundi membuang undi bagi menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khing Ming, Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD ADZLAN, 11 MEI 2024.


KUALA KUBU BAHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan diumumkan seawal jam 9 malam. 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, ia berdasarkan kepada perjalanan proses pengundian yang lancar dan teratur.

“Keputusan rasmi PRK Kuala Kubu Baharu dijangka diumumkan oleh SPR jam 9 malam ini,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu, hari ini. 

Azmi meluangkan masa kira-kira setengah jam bagi melihat proses pengijsi rasmi yang berlangsung hari ini setelah kempen 14 hari tamat semalam.

Selepas semua 18 pusat pengundian ditutup jam 6 petang, semua kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Dalam pada itu, Azmi memaklumkan peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi adalah pada 26 peratus.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Seramai 39,269 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi memilih ADUN di kawasan ini. 

Sebanyak 18 pusat pengundian yang mengandungi 74 saluran mengundi dibuka serentak bermula pukul 8 pagi dan ditutup pukul 6 petang. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pusat mengundi lengang, mana pengundi di Ladang Kerling?

Banyak kerusi kosong kelihatan sekitar jam 10 pagi di luar bilik mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kerling pada PRK Kuala Kubu Baharu.


HULU SELANGOR: Ketika pusat mengundi PRK Kuala Kubu Baharu ‘meriah’ dengan kehadiran pengundi sejak 8 pagi tadi, lain pula ceritanya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kerling yang lengang.

Tinjauan FMT ke pusat mengundi selama sejam sehingga 11 pagi mendapati tidak ramai pengundi hadir menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu menggantikan Lee Kee Hiong yang meninggal dunia 21 Mac lalu.

Seorang pengundi Priya Murugam, 39, ketika ditemui hairan mengapa keadaan itu berbeza dengan ketika PRN Selangor dan PRU15 yang lalu.

“Dahulu kalau pergi waktu begini kena beratur panjang. Tapi mungkin juga mereka datang mengundi sebelah petang nanti.

“Sebab di sini ramai kerja di ladang, pagi bekerja dahulu dan sebelah petang baru datang,” katanya yang turut menemani ibunya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Mengikut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi itu mempunyai 1,235 pengundi berdaftar, majoritinya dari komuniti India.

Seramai 39,269 pengundi layak untuk mengundi hari ini dengan 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran disediakan.

Kesemua pusat mengundi berkenaan dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, 32.5% pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu.

Penjumlahan undi akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 9 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).



Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

PRK KKB: 32% keluar mengundi setakat 12 tengah hari



PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi PRK Kuala Kubu Baharu mencapai 32.51% setakat 12 tengah hari, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, akan ditutup pada 2 petang.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada 10 malam.

PRK itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pempengaruh: Janji PH meleset, warga Malaysia semakin ramai kerja di Singapura




Pempengaruh media sosial Lim Sian See terus memulangkan ‘paku buah keras’ kepada kerajaan selepas gagal mengotakan janjinya sebelum pilihan raya umum lalu. 


Lim merujuk kepada kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang yakin pekerja di Malaysia tidak perlu lagi bekerja di Singapura. 


“Barang dipesan: ‘Jika Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan selepas PRU15, rakyat Malaysia tidak akan lagi bekerja di Singapura. Warga Singapura akan datang bekerja di Malaysia.’


“Barang sampai: ‘Bilangan rakyat Malaysia yang cari kerja di Singapura naik 62 peratus selepas PRU15.’ coretnya di Facebook hari ini. 


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:


https://www.tiktok.com/@beritapertiwi


https://t.me/tvpertiwi


#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kesatuan guru rayu Fadhlina, anjak tarikh keputusan SPM




Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) kecewa selepas Menteri Pendidikan berkeras mengekalkan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Presidennya, Aminuddin Awang berkata, Fadhlina Sidek perlu menyokong aspek kesejahteraan guru dengan tidak membuat pengumuman itu ketika waktu cuti sekolah. 


“Kalau 23 Mei pun masih menjadi masalah kepada kementerian, mereka boleh cuba menundakan hingga waktu buka sekolah, iaitu minggu berikutnya. 


“Jadi ini adalah untuk tidak timbulkan masalah kepada guru. Kita nak perkasa kesejahteraan guru,” katanya.


Kementerian Pendidikan sebelum ini mengumumkan tarikh keputusan SPM pada 27 Mei iaitu pada seminggu cuti persekolahan. 


Sumber :  FMT


Ikuti Tiktok Berita Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi

https://t.me/tvpertiwi

#TvPertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Zuraida dakwa Guan Eng tolak dua kali permohonan KPKT bina rumah pekerja ladang Bestari Jaya



Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) Zuraida Kamarudin mendedahkan sebuah projek perumahan untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak dapat diteruskan kerana ditolak oleh bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Pada 6 Mei, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengumumkan pembinaan lebih 200 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk bekas pekerja ladang di Bestari Jaya.

Zuraida berkata ia sebahagian taktik meraih undi kaum India pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu.

“Ini disebabkan politik, dia (Nga) tahu undi orang India tidak bersama PH dan dia hendak tunjuk bahawa dia boleh menjadi juara untuk orang India.

“Saya nasihatkan penduduk untuk berhati-hati dengan janji kerajaan. Mereka pandai berjanji tapi belum tentu pandai buat,” tambahnya.

Menurut Zuraida, projek PPR itu bertujuan menyelesaikan masalah pemilikan rumah lebih 1,000 keluarga bekas pekerja ladang di Bestari Jaya, yang rata-rata membabitkan kaum India.

Ia membabitkan lima ladang iaitu Ladang Mary, Ladang Niger Garner, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

Projek itu mendapat kerjasama Berjaya Cooperation milik taikun Vincent Tan, yang menyalurkan sumbangan tanah di kawasan tersebut.

Zuraida berkata Berjaya pada awalnya tidak mahu melepaskan tanah itu dan mahukan rundingan terus dengan kerajaan untuk membangunkan PPR itu.

"Saya bercakap dengan Vincent Tan dan memaklumkan kerajaan mahu membuka tender untuk projek itu. Beliau bersetuju melepaskan tanah dan masuk tender," katanya.

Pada Januari 2019, Berjaya memaklumkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sejak sekian lama memperjuangkan itu bahawa ia tiada masalah memberikan tanah tambahan seluas 20 ekar untuk tujuan tersebut.

Penyelaras PSM M Sivaranjani memberitahu MalaysiaNow, Zuraida dalam satu pertemuan dengan pekerja terbabit berkata Kementerian Kewangan menolak cadangan pembinaan PPR tersebut.

Menurut Zuraida, projek itu tertangguh selama 20 tahun, dan cuba dimulakan balik ketika beliau menjadi menteri KPKT di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang pertama dari 2018 hingga 2020.

Bagaimanapun, Zuraida berkata ia tidak diendahkan Lim.

“Saya perlu minta (bajet) dengan menteri kewangan (Lim Guan Eng). Saya kata ini keutamaan untuk rakyat namun beliau tidak bersetuju dan ia tidak dimasukkan dalam Bajet 2019," Zuraida memberitahu MalaysiaNow.

Zuraida berkata beliau kemudian mencuba lagi "untuk pusingan kedua" tapi masih tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan ketika itu.

"Alasan yang diberikan ialah kerajaan tiada duit," kata bekas ahli Parlimen Ampang itu.

MalaysiaNow telah menghubungi Lim untuk mendapatkan respons.

Nga ketika mengumumkan projek itu berkata kerajaan mendapat kerjasama Berjaya Corporation untuk menyalurkan sumbangan tanah di kawasan tersebut.

Menurut laporan, PPR rumah teres setingkat itu bakal menelan belanja sebanyak RM75 juta, yang mana RM40 juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan manakala bakinya daripada kerajaan negeri Selangor.

Pemerhati dan penganalisis sebelum ini memberi gambaran bahawa pengundi India yang membentuk 18% pengundi di Kuala Kubu Baharu akan menjadi penentu (kingmaker) pada PRK kali ini, ketika undi Melayu masing-masing kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan PH. 



Sumber | MalaysiaNow 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Naik kerusi roda mahu jadi pengundi pertama



BATANG KALI – Seorang warga emas bersemangat untuk menjadi pengundi pertama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang bermula pagi ini. 

Rosli Sarif, 75, yang keluar seawal jam 7.30 pagi menaiki kerusi roda automatik tiba di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Batang Kali. 

Katanya, beliau tidak mahu melepaskan peluang keadaan tenang pada awal pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. 

“Pakcik naik kerusi roda automatik dari rumah lebih kurang 500 meter. 

“Pilih awal pagi sebab senang nak masuk dan keadaan tenang sedikit waktu pagi, malah senang nak jadi pengundi pertama,” kata pesara swasta itu.

Rosli yang mengalami sakit buah pinggang sejak enam tahun lalu berkata, walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan beliau berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Itu sokongan kita kepada negara, satu kepentingan kepada negara,” katanya lagi.

Rosli merupakan salah seorang pengundi daripada 3,183 di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali. 

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu. 

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran, akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 orang pengundi, ditutup 2 petang.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo